MyMetroNode
Kuantan: Juara bertahan, Pahang
mengesahkan tiket ke final Piala Malaysia 2014 apabila mencatatkan kemenangan
aggregat 6-3 ke atas Kedah, pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium
Darul Makmur, sebentar tadi.
Skuad kendalian Zainal Abidin
Hassan itu menumbangkan Kedah 5-0, selepas tunduk 1-3 pada aksi separuh akhir
pertama di Stadium Darul Aman, Ahad lalu.
Perlawanan akhir Piala Malaysia
di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 1 November ini.
Pada babak pertama perlawanan,
tuan rumah selaku penyandang Piala Malaysia dilihat berusaha bermati-matian
mencari gol awal untuk memberi semangat ekoran ketinggalan 1-3 dalam perlawanan
separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Skuad Tok Gajah berjaya memecah
kebuntuan seawal minit ke-4 menerusi Matias Ruben Conti yang menanduk bola
masuk ke gawang lawan selepas menyambut tendangan sudut Azidan Sarudin.
Gol kedua Pahang pula hadir pada
minit ke-25 menerusi R Gopinathan yang merembat kencang di dalam kotak penalti
untuk menewaskan penjaga gol Kedah, Saiful Amar Sudar.
Pada minit ke-29, Azidan sekali
lagi menjadi pencetus apabila melakukan hantaran silang sebelum disambar oleh
Conti untuk meledakkan gol ketiga untuk Pahang.
Conti muncul penjaring hatrik
pada perlawanan ini selepas menjaringkan gol keempat Pahang pada minit ke-36
rentetan gerakan menarik Dickson Nwakaeme yang menggelecek ke dalam kotak penalti
sebelum melakukan hantaran kepada penyerang berbisa itu.
Pada awal babak kedua perlawanan,
Kedah dilihat beraksi agresif melakukan serangan ke arah kubu Pahang untuk
mengurangkan defisit gol, namun berjaya dikekang barisan pertahanan skuad Tok
Gajah.
Pada minit ke-73, Nwakaeme
beraksi cemerlang apabila melakukan larian dari tengah padang sehingga masuk ke
kotak penalti sebelum merembat kencang membolosi gol lawan, menjadikan
keputusan 5-0.
Presiden Persatuan Bola Sepak
Malaysia Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden PBNP Tengku Abdul
Rahman Sultan Ahmad Shah hadir menyaksikan perlawanan.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 11:12 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan