Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MUSIM lalu, skuad Melaka United
(MU) dilihat sedikit bergelut di penghujung musim sehingga terpaksa menanti
keputusan di dua aksi penentuan terakhir untuk sah kekal di saingan Liga Super
2018.
Bagi memastikan skuad ini kekal
bersaing, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) mengambil langkah bijak
apabila mengikat beberapa pemain tempatan berstatus bintang untuk bersaing pada
musim ini.
Mereka berjaya menghimpunkan
antara kelompok pemain terbaik termasuk R Gopinathan, Fakri Sharaani, S
Chanturu, Farderin Kadir, Azmi Muslim,Nurshamil Abd Ghani dan Zamir Selamat,
seolah -olah MU berbelanja besar untuk mendapatkan khidmat mereka.
Namun, Timbalan Presiden MUSA,
Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menegaskan walaupun dibarisi ramai bintang
baharu, mereka sebenarnya bersikap ‘mengukur baju di badan sendiri’ bagi
menepati kemampuan kewangan persatuan.
BARISAN pemain Melaka United pada
Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Menteri Besar Terengganu 2018 di Stadium
Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. -Foto GHAZALI KORI
Langkah bijak dan berjimat itu
bertujuan mengelak risiko daripada menanggung beban atau masalah kewangan
sepanjang menghadapi saingan musim 2018.
Tegasnya, MU cuma berbelanja
sekitar RM15 juta bagi saingan kali ini, sekaligus menafikan dakwaan skuad
terbabit berbelanja besar mendapatkan pemain bintang.
“Kami mendapatkan empat pemain
import dan hanya mengekalkan Jeon Woo Young, namun ia bukan gambaran kami
berbelanja lebih besar, sebaliknya kami hanya menyenaraikan 25 pemain bukan 30
pemain.
“Perbelanjaan masih di tahap
terkawal kerana peruntukkan untuk lima kekosongan pemain itu digunakan untuk
mengikat pemain berkualiti,” katanya.
Berdasarkan senarai pemain yang
diumumkan awal berbanding pasukan lain serta prestasi cemerlang sepanjang
kempen pramusim, skuad bimbingan Eduardo Almeida ini mula memasang untuk berada
dalam kelompok lima terbaik Liga Super.
PEMAIN Melaka United, Nicholas
Swirad (tengah) menanduk bola di hadapan pintu gol sambil diasak pemain TFC II,
Dhiyalrahman Mohd Nasry (tiga kanan) dalam Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala
Menteri Besar Terengganu 2018 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong
Badak. -Foto GHAZALI KORI
Keyakinan itu turut diluahkan
kapten pasukan, R Surendran yang mahu mencipta sejarah melangkah ke final Piala
FA atau meraih satu daripada trofi yang ditawarkan di pentas Liga Malaysia
(Liga M) musim 2018.
Katanya, gabungan pemain lama
yang dikekalkan selain kehadiran bintang tempatan serta empat import baharu
mampu memberi jawapan terhadap kelemahan skuad terbabit musim lalu.
Kekuatan pasukan itu bakal
diterjemahkan secara efektif selepas menempuh persiapan rapi pada saingan
pramusim di Vietnam dan kejohanan empat penjuru di Terengganu.
R SURENDRAN
“Saingan musim ini pasti sengit
terutama Johor Darul Tazim (JDT), Kedah, Selangor Terengganu dan Pahang.
Pasukan lain juga memiliki barisan baharu yang mempunyai keistimewaan dan
kelebihan masing -masing.
“Jika kami kekal dengan tahap
disiplin tinggi serta mempamerkan semangat berpasukan yang baik, tidak mustahil
MU akan muncul sebagai pasukan disegani musim ini,”
Kapten pasukan, R Surendran
EDUARDO ALMEIDA
“Aksi pada awal liga amat penting
untuk menempatkan pasukan di kelompok teratas kerana jika tercicir mata, sudah
pasti motivasi pemain akan bakal terjejas.
“Setiap kelemahan pada aksi
pramusim perlu segera diperbaiki dan pemain perlu bijak menjayakan strategi
yang diatur,”
Jurulatih MU , Eduardo Almeida
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 22 January 2018 @ 10:00 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan