Rabu, 15 Mei 2019

Amirulhadi kecewa.

Oleh Mohd Rafi Mamat

Kuantan: Pemain tengah Pahang, Amirulhadi Zainal hampir pasti tidak berpeluang beraksi pada Piala Malaysia musim ini selepas mengalami kecederaan buku lali kiri ketika sesi latihan di padang Taman Gelora, kelmarin.
“Saya terpijak kaki rakan ketika mendarat selepas melompat untuk mencabarnya dan dalam keadaan badan tidak seimbang itu saya terjatuh hingga menyebabkan kecederaan serius.

“Ini kecederaan buku lali kiri ketiga namun kali ini ia bengkak dan ada darah beku seterusnya memerlukan rehat yang panjang,” katanya.
Amirulhadi yang baru musim pertama beraksi bersama Tok Gajah berkata, dia tidak pasti kecederaan itu membabitkan bahagian tisu atau tulang hingga menyebabkan dia tidak boleh menggerakkan kakinya.

Menurutnya, hanya selepas membuat imbasan di klinik petang ini (semalam) bahagian cedera dapat diketahui seterusnya jenis rawatan dilakukan serta jangka masa pulih.

Katanya, kecederaan itu menutup terus peluang untuk membantu Pahang pada separuh akhir seterusnya perlawanan akhir Piala Malaysia sekiranya layak.
Foto
AMIRULHADI (kanan) kecewa tidak dapat bantu Pahang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan