KUANTAN: Selepas
berkelana selama empat musim, bekas pemain kebangsaan, Muhammad Gopi Rizqi Rama
Chandra kembali menyarung jersi Pahang bagi mengharungi saingan Liga Malaysia
(Liga M) 2020.
Pengalaman luas
dimiliki pemain kelahiran Kuantan itu diyakini membantu memperkasakan jentera
tengah skuad Tok Gajah yang kehilangan beberapa pemain berkaliber di posisi
berkenaan.
Menurut sumber,
Muhammad Gopi Rizqi atau Gopi menandatangani kontrak semusim bersama skuad dari
Pantai Timur itu.
"Pengalaman
luas Gopi bersama Selangor, Johor Darul Ta'zim (JDT), Melaka United dan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) sudah cukup mematangkannya.
"Kelebihan
dimiliki terutama boleh bermain di posisi sayap kanan dan kiri mampu menguatkan
lagi bahagian tengah pasukan.
"Justeru,
Pahang pastinya menagih pengalaman dan kematangan Gopi bagi musim 2020 selepas
dia berhijrah pada 2016 hingga 2019," kata sumber itu.
Dengan kehadiran
semula Gopi dalam skuad itu, Pahang dijangka tidak berdepan masalah di bahagian
tengah.
Ini kerana
jentera tengah skuad itu kehilangan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria serta dua
import, Saddil Ramdani dan Safuwan Baharudin.
Berdasarkan
rekod, pemain berumur 30 tahun itu membantu Pahang menjulang Piala Malaysia
pada 2013 dan 2014.
Pada musim 2014,
dia turut membantu skuad Tok Gajah mengucup Piafa FA dan Piala Sumbangsih.
Namun, pemain
itu meninggalkan Pahang pada 2016 untuk menyertai Selangor sebelum ke JDT
(2017), Melaka United (2018) dan PDRM (2019).[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan