Simpan Artikel
MyMetroNode
Oleh Mohd Rafi
Mamat
sukan@hmetro.com.my
Kuantan:
Penyerang lincah Pahang, R Gopinathan menafikan menerima tawaran gaji RM200,000
sebulan daripada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) musim depan.
"Sebagai
pemain tempatan, agak mustahil saya berpeluang menerima tawaran sebegitu besar,
cerita ini semuanya palsu, sengaja direka oleh pihak tertentu.
"Saya
terkejut mendengar cerita ini yang kini sudah tersebar hingga saya sendiri
tidak selesa," kata pemain kelahiran Kuantan itu.
Dia yang kini
menjalani latihan bersama skuad kebangsaan berkata, kontrak dengan Persatuan
Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) akan berakhir hujung bulan ini.
Gopi masih
belum memikirkan pasukan musim depan dan perbincangan dengan PBNP akan
dilakukan selepas ini apabila Presiden Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah
mengumumkan untuk mengekalkan semua pemain yang ada.
Dapatkan
akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 7 November 2014 @ 5:03 AM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan