L NOR
utusanpahang@utusan.com.my
Penyerang import Pahang, Matius
Ruben Conti (dua dari kanan) berlatih bersama rakan sepasukan di Kuantan,
kelmarin. - UTUSAN/Mahathir Ali
JERANTUT - Tiga tonggak utama Tok
Gajah yang mengutip satu kad kuning mengambil sikap waspada menentang Sarawak
di Kuching, esok.
Mereka ialah ketua pasukan,
Jalaluddin Jaafar, Damion Stewart serta Mohd. Amirul Hadi Zainal yang
masing-masing telah mengutip satu kad kuning.
Jalaluddin berkata, dia, Stewart
dan Amirul Hadi perlu mengelak daripada melakukan tindakan yang membolehkan
mereka dihadiahkan kad kuning kedua dalam perlawanan itu nanti.
"Kami perlu berhati-hati
dalam setiap gerakan agar tidak mengasari pemain Sarawak sehingga menerima kad
kuning kedua yang akan membuatkan kami berputih mata jika Pahang layak ke
perlawanan akhir.
"Kami akan kehilangan Mohd.
Hafiz Kamal di bahagian tengah kerana beliau digantung satu perlawanan di
Kuching nanti selepas mengutip dua kad kuning sebelum ini," katanya kepada
Utusan Malaysia di sini, semalam.
Menurut Jalaluddin, Amirul Hadi
yang semakin pulih pasti akan diturunkan memperkuatkan posisi tengah
menggantikan Mohd. Hafiz.
Katanya, semua pemain kini
bersiap sedia untuk mengekang Sarawak yang akan beraksi di laman sendiri.
"Aksi di Kuching dijangka
lebih sengit kerana Sarawak ketinggalan dua gol, malah anak buah Robert Alberts
pasti bangkit untuk memburu slot ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim
ini," ujarnya.
Jalaluddin memberitahu, semua
pemain tidak boleh leka dengan kelebihan kemenangan 3-1 kerana gerakan pantas
penyerang Bujang Senang, Bobby Gonzales dan Muamer Salibasic sentiasa mengintai
peluang untuk menjaringkan gol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan